Friday, May 3, 2013

FADHILAT BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH SAW.

  • Al-Quran dan Hadith telah mengemukakan beberapa penjelasan dan fadhilat berselawat ke atas baginda. Bagi mereka yang berselawat, sesungguhnya mereka telah meraih beberapa kebaikan seperti di bawah ini:-
  1. Sesungguhnya seorang individu itu telah menepati Allah dalam mengucapkan selawat ke atas junjungan Nabi saw seperti yang disebut dalam Al-Quran.
  2. Sesungguhnya orang yang berselawat itu telah menghiasi dirinya dengan akhlak para Malaikat yang sentiasa berselawat keatas baginda Rasulullah SAW.
  3. Individu yang berselawat telah memenuhi arahan Allah yang termaktub dalam Kitab suci-Nya Al-Quran.
  4. Sesiapa yang berselawat sekali sahaja ke atas baginda Nabi Muhammad saw, sesungguhnya Allah swt akan berselawat keatasnya dengan 10 kali.
  5. Kejahatan atau dosa yang dilakukan oleh orang yang berselawat keatas Nabi SAW, akan dihapuskan dengan sebab berselawat itu.
  6. Kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, adalah lebih daripada membebaskan seorang hamba sahaya.
  7. Sesiapa yang banyak berselawat ke atas Nabi SAW, akan memperolehi Syafaat baginda pada hari Qiamat.
  8. Sesiapa yang banyak berselawat ke atas Nabi saw, Allah akan cukupkan segala urusan hidupnya di dunia dan akhirat.
  9. Berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw adalah merupakan jambatan penghubung antara seorang hamba dengan Allah.
  10. Berselawat ke atas baginda Nabi Mukammad saw akan menjadi penyebab bagi Nabi untuk menjawab salamnya.
  11. Segala selawat ke atas Nabi saw yang diungkapkan oleh seseorang itu, akan diangkat oleh para Malaikat dan akan disampaikan pula kepada baginda Rasullah saw.
  12. Banyak berselawat ke atas Nabi saw, akan memudahkan perjalanan seorang itu untuk menyeberangi Titian Sirat.
  13. Orang yang banyak berselawat, akan dikabul dan disegerakan permohonannya di sisi Allah.
  14. Berselawat ke atas Nabi saw adalah sebagai penyebab bertambahnya iman seseorang itu kepada Allah swt.
  15. Orang yang banyak berselawat, merupakan jenis manusia yang bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan dan usahanya.