Monday, April 29, 2013

4 JENIS UJIAN YANG ALLAH BERIKAN
Ujian itu merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Kita tidak dapat lari dari pelbagai uijan dalam hidup. Cumanya adakah kita menyedari kenapa kita diuji. Jawapannya sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surat Al-Ankabut ayat 2;
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾
(2) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Kita sebagai orang beriman pastinya diuji, dan 4 jenis ujian yang kita pasti tempuhi :

1. Ujian Amal Ibadah
  • Manusia yang beriman perlu beramal ibadah sebagaimana tuntutan Al-Quran dan Sunah.
  • Manusia diuji dengan melakukan ibadat seperti puasa, zakat, haji korban dan lain-lain.
  • Solat juga satu ujian, berapa ramai yang gagal dalam ujian ini.Solat hanya bila keadaan senang dan bila sibuk lansung tidak bersolat.
  • Contoh paling ekstrem adalah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi.
2. Ujian Kemaksiatan
  • Ujian berbentuk kemaksiatan atau larangan adalah perkara yang perlu dihadapi oleh kita,
  • Contohnya yang terjadi pada Nabi Yusuf yang diuji dengan seorang perempuan cantik pembesar Mesir yang menggodanya untuk melakukan maksiat, tetapi dengan keteguhan imannya Nabi Yusuf menolak perbuatan tersebut.
  • Pada akhir zaman begitu banyak kemaksiatan berlaku, zina dan rogol kedengaran setiap hari. Aurat yang perlu dijaga sebagaimana tuntutan agama gagal dipenuhi. Sekali lagi begitu ramai gagal dalam ujian ini.
3 Ujian Kesenangan

Kadang-kadang kita diberi kemewahan. Bergaji besar, mampu membeli rumah yang selesa, kereta besar. Wang bukan lagi masaalah dalam kehidupan. Semua benda boleh dibeli. Tapi kita lupa bahawa harta kekayaan itu juga ujian. Berapa ramai yang mula sombong, lupa keluarkan zakat. Selalunya ramai yang tewas dengan ujian ini.

4. Ujian Musibah

  • Ujian yang berbebtuk musibah. Contohnya Nabi Ayub diuji Allah dengan penyakit yang amat hebat tetapi baginda tetap menjaga hatinya daripada dicemari dengan tipu daya syaitan.
  • Ada antara kita yang dhaif, kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sentiasa dalam kesempitan. Adakah kita mampu bersabar atau mula memikirkan tambah pendapatan tanpa mempedulikan halal haram. Rasuah begitu berluasan. Adakah jalan haram juga diambil bagi menjadi kaya. Sekali lagi kita diuji oleh Allah.

Semua keempat-empat ujian di atas pasti ada bagi setiap yang beriman. Kerana Allah hendak menguji kesabaran kita. Maka beruntunglah bagi mereka yang berjaya menghadapi setiap ujian tersebut dengan jayanya.

Wednesday, April 17, 2013

PENGERTIAN DOSA
Amalan yang melanggar hukum Islam.

DOSA KECIL
Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan daripada Allah.

DOSA BESAR
Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan daripada Allah.

HUKUM MENJAUHI PERKARA DOSA
Hukum menjauhi perkara dosa adalah wajib.
Firman Allah yang bermaksud:: (Orang yang mendapat balasan baik ialah) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan yang keji kecuali salah silap yang kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, itu dimaafkan) sesungguhnya Tuhan Maha Luas Keampunannya."  (Surat An-Najm ayat 32).

CONTOH DOSA KECIL

1. Membazir.
2. Membuang sampah merata-merata.
3. Melihat perkara yang haram.
4. Mendengar perkara yang melalaikan.
5. Membuang masa


CONTOH DOSA BESAR

1. Syirik kepada Allah.
2. Sihir.
3. Membunuh.
4. Memakan harta anak yatim.
5. Memakan Riba.
6. Lari dari medan pertempuran.
7. Menuduh seseorang berzina.
8. Meninggalkan perkara Fardzu.
9. Derhaka kepada ibubapa.
10. Minum arak.
11.Berzina.
12. Mencuri.
13. Riak dan Takabur.
14. Berdusta.
15. Berputus asa daripada Rahmat Allah.
16. Terus menerus melakukan dosa kecil.

CARA MENGHAPUSKAN DOSA KECIL 

Melakukan amalan yang baik dan ibadat kepada Allah serta memperbanyak ucapan "istighfar"

CARA MENGHAPURKAN DOSA BESAR

  1. Bertaubat.
  2. Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan.
  3. Meinggalkan perbuatan dosa.
  4. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa.
  5. Meminta maaf sekiranya melibatkan sesama manusia.






Thursday, April 11, 2013


PERGI UMRAH PADA 25 APRIL 2012 HINGGA 5 MEI 2012


Wednesday, April 3, 2013




http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/001.mp3 AL FATIHAH
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/002.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/003.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/004.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/005.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/006.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/007.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/008.mp3

http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/009.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/010.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/011.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/012.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/013.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/014.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/015.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/016.mp3

http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/017.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/018.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/019.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/020.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/021.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/022.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/023.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/024.mp3

http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/025.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/026.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/027.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/028.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/029.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/030.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/031.mp3
http://habbabi.com/qmp3/Alafasy/032.mp3