Wednesday, April 17, 2013

PENGERTIAN DOSA
Amalan yang melanggar hukum Islam.

DOSA KECIL
Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan daripada Allah.

DOSA BESAR
Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan daripada Allah.

HUKUM MENJAUHI PERKARA DOSA
Hukum menjauhi perkara dosa adalah wajib.
Firman Allah yang bermaksud:: (Orang yang mendapat balasan baik ialah) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan yang keji kecuali salah silap yang kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, itu dimaafkan) sesungguhnya Tuhan Maha Luas Keampunannya."  (Surat An-Najm ayat 32).

CONTOH DOSA KECIL

1. Membazir.
2. Membuang sampah merata-merata.
3. Melihat perkara yang haram.
4. Mendengar perkara yang melalaikan.
5. Membuang masa


CONTOH DOSA BESAR

1. Syirik kepada Allah.
2. Sihir.
3. Membunuh.
4. Memakan harta anak yatim.
5. Memakan Riba.
6. Lari dari medan pertempuran.
7. Menuduh seseorang berzina.
8. Meninggalkan perkara Fardzu.
9. Derhaka kepada ibubapa.
10. Minum arak.
11.Berzina.
12. Mencuri.
13. Riak dan Takabur.
14. Berdusta.
15. Berputus asa daripada Rahmat Allah.
16. Terus menerus melakukan dosa kecil.

CARA MENGHAPUSKAN DOSA KECIL 

Melakukan amalan yang baik dan ibadat kepada Allah serta memperbanyak ucapan "istighfar"

CARA MENGHAPURKAN DOSA BESAR

  1. Bertaubat.
  2. Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan.
  3. Meinggalkan perbuatan dosa.
  4. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa.
  5. Meminta maaf sekiranya melibatkan sesama manusia.






No comments:

Post a Comment