FADHILAT BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH SAW.
- Al-Quran dan Hadith telah mengemukakan beberapa penjelasan dan fadhilat berselawat ke atas baginda. Bagi mereka yang berselawat, sesungguhnya mereka telah meraih beberapa kebaikan seperti di bawah ini:-
- Sesungguhnya seorang individu itu telah menepati Allah dalam mengucapkan selawat ke atas junjungan Nabi saw seperti yang disebut dalam Al-Quran.
- Sesungguhnya orang yang berselawat itu telah menghiasi dirinya dengan akhlak para Malaikat yang sentiasa berselawat keatas baginda Rasulullah SAW.
- Individu yang berselawat telah memenuhi arahan Allah yang termaktub dalam Kitab suci-Nya Al-Quran.
- Sesiapa yang berselawat sekali sahaja ke atas baginda Nabi Muhammad saw, sesungguhnya Allah swt akan berselawat keatasnya dengan 10 kali.
- Kejahatan atau dosa yang dilakukan oleh orang yang berselawat keatas Nabi SAW, akan dihapuskan dengan sebab berselawat itu.
- Kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw, adalah lebih daripada membebaskan seorang hamba sahaya.
- Sesiapa yang banyak berselawat ke atas Nabi SAW, akan memperolehi Syafaat baginda pada hari Qiamat.
- Sesiapa yang banyak berselawat ke atas Nabi saw, Allah akan cukupkan segala urusan hidupnya di dunia dan akhirat.
- Berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw adalah merupakan jambatan penghubung antara seorang hamba dengan Allah.
- Berselawat ke atas baginda Nabi Mukammad saw akan menjadi penyebab bagi Nabi untuk menjawab salamnya.
- Segala selawat ke atas Nabi saw yang diungkapkan oleh seseorang itu, akan diangkat oleh para Malaikat dan akan disampaikan pula kepada baginda Rasullah saw.
- Banyak berselawat ke atas Nabi saw, akan memudahkan perjalanan seorang itu untuk menyeberangi Titian Sirat.
- Orang yang banyak berselawat, akan dikabul dan disegerakan permohonannya di sisi Allah.
- Berselawat ke atas Nabi saw adalah sebagai penyebab bertambahnya iman seseorang itu kepada Allah swt.
- Orang yang banyak berselawat, merupakan jenis manusia yang bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan dan usahanya.
.jpg)
